BICARA MUFTI

•November 9, 2008 • Tinggalkan Komen

ASAL SOLAT

•November 9, 2008 • Tinggalkan Komen

ASAL USUL SOLATSUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

 

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

 


Allah Maha Besar

( Takbiratulihram)
Doa Iftitah
[center]Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .

[center]
“Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu….kami lah hamba yang mengharap belas darimu .”ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia”

KEMATIAN MENUNGGU

•November 9, 2008 • Tinggalkan Komen

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat
di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa
aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu
kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku
pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku
teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa
lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.”Mengucap
sayang,,mengucap……..Asyhaduallailahaillallah………”ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara
ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta
yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?”Aku amati suara itu.Pasti itu suara
abang.Mungkin abang baru sampai. “Tenat”,jawab doktor dengan ringkas. “Itu
kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”.
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah…..
Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak
mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak
ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak
semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu
menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku
tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
“Yassin……”.bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu
suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi
sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat
maut datang.Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan
semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku
tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku
berdepan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan
dan rintihan “Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang
peduli.Nenekku datang,”Nenek………..”. “Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu
air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”.
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi…..”.
Ayah…….kau datang ayah…….”.
“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah
agama yang membantu kau masuk ke syurga”.
“Nenek….ibu…..ayah……suara kau kah tadi??Kenapa kau
berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? “Mengucap
sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah……”.Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah
menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia
berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut
kami”.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah
datang .”Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”. Kedinginan
menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini
seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di
hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun…. Malaikat-malaikat yang
menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang
sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat
sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia
ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut
hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang
hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa
di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”.
“Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini”.
“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
“Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”.
“Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah
pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita
lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat
hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku
memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau
kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua
telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku
melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan
tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu…..malu…..malu……!!!!!!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
“Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam
ini?Tolong rimas….panas……..”. Kemudian aku di letakkan di suatu
sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah
dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di
letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Keengaran suara
tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana,kelihatan tanah
perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku
takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang
besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke
dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam
memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada
di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.

“Tanah apa ini?”.
“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada
Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok
imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim
itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku
terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin
hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku
terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di
lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR
LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH….. “SAKITNYA SAKRATUL MAUT
ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN
TULANG SERENTAK…DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.”

AMALAN MURAH REZEKI

•November 9, 2008 • Tinggalkan Komen

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
wink wink

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

wallahualam~

BUAT PEJUANG ISLAM

•November 9, 2008 • Tinggalkan Komen
Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.


“Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk” (Al-Qashash:56)


“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam” (Al-Ankabut:6)

2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

 

“..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir” (Ali-’Imran:141)


“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu’min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar” (Ali-’Imran:179)


“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu” (Muhammad:31)


“Musa berkata kepada kaumnya:’Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa” (Al-A’Raaf:128)

3. Sesungguhnya da’wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

 

“Allah berfirman:’Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu’jizat-mu’jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan),” (Asy-Syu’araa’:15)


4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.


“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)” (Al-A’raaf:201-202)

 

Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da’wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.

MANUSIA MALAIKAT SYAITAN

•Oktober 19, 2008 • Tinggalkan Komen

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh…
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih…

Manusia – Nak makan, laparlah
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan – Ahh, tak payahla…dah lapar nih

Manusia – Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan – Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi…baru pukul 8.30am…

Manusia – Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan – Baru pukul berapa….

Manusia – Eh, eh….tak boleh tengok nih, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat
Syaitan – Perggghh…best tu….

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang….

Manusia – Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah…

Manusia – Aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu
dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan – Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu…

Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan
di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja)
dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu

Menawan Hati Kawan @ Lawan

•Oktober 19, 2008 • Tinggalkan Komen

Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

HIKMAH BELAJAR SECARA BERJAMAAH

•Oktober 19, 2008 • Tinggalkan Komen

Seorang pelajar perubatan boleh diibaratkan sebagai satu vektor,” kata Dr Rashid ketika memulakan salah satu sesi kuliah Anatominya. 

Pelajar yang tidak berusaha (erti kata lain; malas), maka vektornya adalah hanya satu titik yang memberi nilai magnitud sifar. Sekiranya ada 10 orang pelajar yang sama, nilai keseluruhan magnitud vektor tetap sifar. 

 


Pelajar yang berusaha pula memberi nilai magnitud 1.

 

Namun begitu, sekiranya usaha yang dilakukan adalah secara bersendirian iaitu masing-masing dengan usaha sendiri tanpa mempedulikan orang lain, maka nilai keseluruhannya tetap sama; sifar seperti pelajar yang malas.


Fizik dan Vektor

 

Hal ini kerana dalam fizik, vektor yang berbeza arah sekalipun magnitudnya besar jika dicampur hanya menghasilkan magnitud yang kecil. Malah mungkin magnitudnya sifar sekiranya vektor-vektor tersebut menunjuk pada arah yang bertentangan antara satu sama lain dengan magnitud yang sama. Fenomena ini dinamakan antagonisma.

Akan tetapi, sekiranya kesepuluh pelajar tersebut berusaha dan saling membantu antara satu sama lain, dengan erti kata lain vektor pada arah yang selari, maka hal ini menghasilkan magnitud bukan dua atau tiga tetapi sepuluh!


Kita tidak memerlukan seorang pelajar perubatan yang hanya tahu peduli dirinya sahaja. Peduli apa orang lain, asalkan diri sendiri berjaya, CGPA 4.00 atau mumtaz dan dapat graduate dengan cemerlang. Tidak. Kita tidak memerlukan doktor seperti ini. Sekalipun seribu orang doktor, hasilnya tetap sifar. Being doctor is about teamwork.

Sinaran LaserDoktor Rashid memberikan contoh yang lain untuk menjelaskan lagi kelebihan sinergi berbanding berkerja sendirian. Cahaya mentol yang memberi cahaya kekuningan seperti yang kita pelajari terhasil dari foton-foton yang terbebas akibat atom filamen mentol dikenakan dengan sejumlah tenaga yang tinggi.

 

 


Apabila foton-foton ini diamplifikasikan atau ditumpukan, satu sinaran cahaya yang sangat kuat dapat dipancarkan sehingga mampu menembusi Matahari. Foton yang hanya merupakan tenaga yang saiznya hampir sama dengan elektron mampu menghasilkan daya yang begitu besar dengan sinergi.

 

Islam Mengajar Sinergi

1400 lalu, sebelum tercetusnya idea tentang vektor dan sinergisma, Islam telah lama mengajar umatnya supaya bersinergi. Sinergi bererti 1+1 = 3 atau lebih. Secara minda bawah sedar, hal ini telah pun diterapkan dalam konteks solat berjemaah itu sendiri.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda : Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian. [Riwayat Bukhari dan Muslim]


Sepuluh orang sekiranya bersolat sendirian di dalam satu masjid, hanya memperoleh satu kebaikan setiap seorang. 1+1+1+1+1+1+1+1+1+1=1. Akan tetapi, dua orang yang bersolat berjemaah, masing-masing memperoleh 27 kali ganda kebaikan. 1+1=27.Malah jika seorang makmum itu ikut serta rukuk tanpa sempat membaca Al-Fatihah bersama imam, dia tidak perlu menggantikan Al-Fatihah tersebut dengan tambahan rakaat. Tetap memperoleh 27 kebaikan. Berbanding solat sendirian, sekiranya tanpa Al-Fatihah, bukan setakat tidak mendapat 27 kebaikan bahkan tidak sah solatnya!

Fikir-fikirkan!!

KES GURU KENA TENDANG

•Oktober 19, 2008 • Tinggalkan Komen
KANGAR: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini yang dilaporkan menendang gurunya, Azhana Ibrahim, 27, di bahagian perut semalam digantung persekolahan serta merta selama seminggu bagi membolehkan siasatan dijalankan.Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat ketika ditemui hari ini berkata siasatan akan dijalankan oleh jabatannya dan polis.
Sambil menyatakan rasa kesalnya Mansor berkata insiden dalam bilik darjah itu sepatutnya tidak berlaku kerana sekolah adalah institusi pendidikan.
Dalam kejadian 10.00 pagi itu, guru berkenaan ditendang oleh pelajar perempuan itu yang tidak puas hati dengan tindakan guru itu meminta penjelasan berhubung tulisan “gila” babi dalam kerja rumahnya.

“Saya difahamkan pada mulanya hanya berlaku pertelingkahan kecil kerana pelajar berkenaan tidak berpuas hati disebabkan guru berkenaan meminta pelajar itu memberi penjelasan terhadap kata-kata kesat yang ditulisnya,” katanya. – Bernama

 

KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah, di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam.Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, menegur seorang pelajar perempuannya berhubung kelewatan menghantar tugasan diberikan, terutama kandungan kata-kata kesat ‘Gila Babi’ yang diconteng pada kerja kursus yang dihantar.
Tidak cukup dengan insiden di dalam kelas itu, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang dikatakan masih belum berpuas hati dengan teguran guru berkenaan, dikatakan memanggil beberapa lagi rakannya dari kelas lain untuk membalas dendam.
Mereka kemudian ‘menyerang’ dan membuat kacau di kelas terbabit ketika Azahana yang juga guru mata pelajaran Fizik itu sedang mengajar, sehingga memaksa mangsa lari menyelamatkan diri ke bilik guru.
Azahana ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dengan alasan bimbang ia akan mendatangkan kesan termasuk diserang sekali lagi oleh kumpulan pelajar terbabit.
Bagaimanapun, Azahana yang masih fobia dan ketakutan ketika ditanya mengaku ditendang pelajar perempuan terbabit pada perut. Dia kemudian lari menyelamatkan diri ke bilik guru, sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.

Difahamkan, Azahana baru saja berpindah ke sekolah berkenaan pada awal tahun lalu dari Johor, selepas menghadapi masalah kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Mohd Yusof Diah, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menegur salah seorang pelajar perempuan dari tingkatan dua berhubung kelewatannya menghantar tugasan kerja kursus.

“Pelajar terbabit dikatakan tidak dapat menerima teguran sehingga menyebabkan berlaku kekalutan, sebelum mangsa ditendang dua atau tiga kali pada perut.

“Sehingga kini, kes masih disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Tengok videonya ……

 
 
 Apakah sikap para pelajar sekarang?
- Merasa beban untuk belajar cara biasa yang membosankan.
- Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.
- Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan.
- Selalu menghabis masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah.
- Tidak mendapat perhatian Ibu bapa yang sibuk bekerja

 

 

 

 

 

 

 


SAINS DALAM BERJAMAAH

•Oktober 19, 2008 • Tinggalkan Komen

Seorang pelajar perubatan boleh diibaratkan sebagai satu vektor,” kata Dr Rashid ketika memulakan salah satu sesi kuliah Anatominya. 

Pelajar yang tidak berusaha (erti kata lain; malas), maka vektornya adalah hanya satu titik yang memberi nilai magnitud sifar. Sekiranya ada 10 orang pelajar yang sama, nilai keseluruhan magnitud vektor tetap sifar. 

 


Pelajar yang berusaha pula memberi nilai magnitud 1.

 

Namun begitu, sekiranya usaha yang dilakukan adalah secara bersendirian iaitu masing-masing dengan usaha sendiri tanpa mempedulikan orang lain, maka nilai keseluruhannya tetap sama; sifar seperti pelajar yang malas.


Fizik dan Vektor

 

Hal ini kerana dalam fizik, vektor yang berbeza arah sekalipun magnitudnya besar jika dicampur hanya menghasilkan magnitud yang kecil. Malah mungkin magnitudnya sifar sekiranya vektor-vektor tersebut menunjuk pada arah yang bertentangan antara satu sama lain dengan magnitud yang sama. Fenomena ini dinamakan antagonisma.

Akan tetapi, sekiranya kesepuluh pelajar tersebut berusaha dan saling membantu antara satu sama lain, dengan erti kata lain vektor pada arah yang selari, maka hal ini menghasilkan magnitud bukan dua atau tiga tetapi sepuluh!


Kita tidak memerlukan seorang pelajar perubatan yang hanya tahu peduli dirinya sahaja. Peduli apa orang lain, asalkan diri sendiri berjaya, CGPA 4.00 atau mumtaz dan dapat graduate dengan cemerlang. Tidak. Kita tidak memerlukan doktor seperti ini. Sekalipun seribu orang doktor, hasilnya tetap sifar. Being doctor is about teamwork.

Sinaran LaserDoktor Rashid memberikan contoh yang lain untuk menjelaskan lagi kelebihan sinergi berbanding berkerja sendirian. Cahaya mentol yang memberi cahaya kekuningan seperti yang kita pelajari terhasil dari foton-foton yang terbebas akibat atom filamen mentol dikenakan dengan sejumlah tenaga yang tinggi.

 

 


Apabila foton-foton ini diamplifikasikan atau ditumpukan, satu sinaran cahaya yang sangat kuat dapat dipancarkan sehingga mampu menembusi Matahari. Foton yang hanya merupakan tenaga yang saiznya hampir sama dengan elektron mampu menghasilkan daya yang begitu besar dengan sinergi.

 

Islam Mengajar Sinergi

1400 lalu, sebelum tercetusnya idea tentang vektor dan sinergisma, Islam telah lama mengajar umatnya supaya bersinergi. Sinergi bererti 1+1 = 3 atau lebih. Secara minda bawah sedar, hal ini telah pun diterapkan dalam konteks solat berjemaah itu sendiri.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda : Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian. [Riwayat Bukhari dan Muslim]


Sepuluh orang sekiranya bersolat sendirian di dalam satu masjid, hanya memperoleh satu kebaikan setiap seorang. 1+1+1+1+1+1+1+1+1+1=1. Akan tetapi, dua orang yang bersolat berjemaah, masing-masing memperoleh 27 kali ganda kebaikan. 1+1=27.Malah jika seorang makmum itu ikut serta rukuk tanpa sempat membaca Al-Fatihah bersama imam, dia tidak perlu menggantikan Al-Fatihah tersebut dengan tambahan rakaat. Tetap memperoleh 27 kebaikan. Berbanding solat sendirian, sekiranya tanpa Al-Fatihah, bukan setakat tidak mendapat 27 kebaikan bahkan tidak sah solatnya!

Fikir-fikirkan!!

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.